Kerajaan kemas kini garis panduan program motivasi berunsur Islam

Dari Penulis

KERAJAAN sedang meneliti semula untuk mengemas kini Garis Panduan Program Motivasi Berunsur Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Bilangan 4 Tahun 2013 agar lebih komprehensif serta relevan menangani cabaran ideologi baharu.

Ini termasuk elemen-elemen New Age Movement (NAM) yang jelas bercanggah dengan asas-asas Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, garis panduan tersebut telah dijadikan dokumen rujukan penting bagi mengenal pasti dan menyaring sebarang unsur yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam dalam program motivasi.

“Kerajaan sentiasa konsisten dan tegas dalam menangani sebarang bentuk ancaman ideologi yang berpotensi menggugat kesucian akidah dan syariat Islam, khususnya aliran pemikiran Barat yang bersifat sinkretik (campuran pelbagai agama dan kepercayaan) seperti NAM.

“Bagi menghadapi cabaran ini, kerajaan melalui Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta agensi berkaitan telah melaksanakan pendekatan menyeluruh menanganinya,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Saad@Yahaya (PN-Pokok Sena) mengenai tindakan drastik bagi membendung kesesatan ajaran berlatarbelakangkan gerakan NAM yang menyusup melalui program motivasi dan kaunseling individu serta kekeluargaan.

Mohd Na’im memberitahu, selain itu, tindakan penguatkuasaan ditingkatkan dengan sebarang pelanggaran undang-undang sama ada melibatkan perundangan syariah atau sivil akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa agama negeri atau polis.

Jakim juga katanya, secara berterusan menjalankan pemantauan terhadap penganjur program motivasi, pembangunan diri serta rawatan atau kaunseling spiritual yang berpotensi menyelitkan elemen NAM.

“Dapatan kajian akan dibentangkan kepada Panel Pakar Akidah Jakim sebelum diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

Aktiviti pemantauan turut merangkumi media sosial, laman sesawang, bahan penerbitan serta aduan awam.

“Sebarang laporan berkaitan penyebaran elemen NAM akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tindakan penguatkuasaan lanjut,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This