Malaysia kekal dasar luar dan ekonomi bebas, pembabitan platform multilateral dipandu kepentingan negara – MITI

Dari Penulis

MALAYSIA mengekalkan dasar luar dan ekonomi yang bebas dengan pembabitan dalam mana-mana platform multilateral berpandukan kepada kepentingan negara.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan menegaskan, pembabitan Malaysia dalam mana-mana platform multilateral bukan berdasarkan penjajaran ideologi.

Pada masa sama, katanya, penyertaan Malaysia tertumpu kepada kemudahan perdagangan dan pembangunan mampan.

“Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai salah satu rakan ekonomi utama Malaysia.

“Bukan sahaja melalui perdagangan tetapi juga melalui pelaburan berbilion dolar AS selama lebih 50 tahun di Malaysia,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel lain: Lesen pengilangan cecair rokok elektronik bawah bidang kuasa MITI – KKM

MITI mengeluarkan kenyataan itu susulan amaran Presiden AS, Donald Trump bahawa negara yang bersekutu dengan dasar ‘anti-Amerika’ BRICS akan dikenakan tarif tambahan sebanyak 10 peratus.

“Tiada sebarang pengecualian terhadap dasar ini,” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.

Pemimpin negara-negara kumpulan BRICS kini berhimpun di Brazil untuk menghadiri sidang kemuncak blok tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berada di Brazil bagi menghadiri sidang kemuncak berkenaan atas jemputan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Malaysia secara rasmi menjadi rakan BRICS mulai 2025.

Selain Malaysia, Bolivia, Kazakhstan, Cuba, Nigeria, Thailand, Vietnam, Uganda dan Uzbekistan juga telah diterima sebagai negara rakan BRICS.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This