LEGENDA renang negara, Nurul Huda Abdullah dilantik sebagai Chef de Mission atau ketua kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-33 yang dijadual berlangsung di Bangkok, Chonburi dan Songkhla, Thailand pada bulan Disember ini.
Pelantikan Nurul Huda sebagai Chef de Mission diumumkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam kenyataan hari ini.
Menurut MOM, pemilihan Chef de Mission telah dilaksana menerusi kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memastikan individu yang berpengalaman dan mempunyai kelayakan mengetuai kontinjen Malaysia.
Selain Nurul Huda yang kini merupakan Naib Presiden MOM, tiga Timbalan Chef de Mission turut diumumkan bagi Sukan SEA Thailand kali ini termasuk dua bekas atlet kebangsaan iaitu bekas pemenang pingat emas 100 meter Sukan SEA Hanoi 2003, Nazmizan Mohamad serta bekas pemain hoki, Jivan Mohan.
Seorang lagi Timbalan Ketua Kontinjen adalah Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh.
Baca artikel lain: ‘Terima kasih TMJ, terima kasih PMX’, Hannah ucap tahniah kepada Harimau Malaya
Sebagai rekod, Nurul Huda pernah mencipta sejarah sebagai perenang wanita negara paling berjaya dengan meraih 32 pingat di temasya Sukan SEA (22 emas, lapan perak dan dua gangsa) antara tahun 1985 hingga 1989 selain meraih empat pingat di Sukan Asia Seoul 1986.
Malah pengalaman Nurul Huda turut ditagih memandangkan dirinya pernah menjadi Timbalan Ketua Kontinjen ke Sukan SEA Filipina 2019 dan kini mengetuai Jawatankuasa Sukan Selamat di bawah KBS sejak tahun lalu.
Sementara itu, Nazmizan yang ketika ini merupakan selaku pensyarah kanan di Universiti Malaysia Perlis itu pernah meraih dua emas di Sukan SEA 2003 selain membuat penampilan di Sukan Olimpik Athens 2004.
Jivan pula berkhidmat sebagai Inspektor Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah membantu skuad hoki negara meraih gangsa di Sukan Komanwel 2006 selain dua emas berturut-turut di Sukan SEA 2013 dan 2015.
Kenny yang menggalas tugas selaku Setiausaha Agung BAM dan Badminton Asia mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan sukan dari peringkat akar umbi hingga antarabangsa.
“MOM menaruh keyakinan tinggi bahawa pengalaman mereka sebagai atlet dan pentadbir sukan, akan memberi inspirasi dan kejayaan kepada Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025,” kata MOM.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

