3 warga asing terselamat dalam kebakaran gudang di Petaling Jaya

Dari Penulis

TIGA warga asing terselamat dalam kebakaran sebuah gudang barangan runcit empat tingkat di Jalan Tandang, Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.05 pagi sebelum 16 anggota bersama lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan tingkat bawah bangunan gudang berkeluasan 60 x 100 kaki persegi dan dianggarkan 40 peratus daripada struktur bangunan terjejas. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 4.04 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: TMJ cadang gaji minimum RM4,000 lepasan universiti di JS-SEZ

Menurutnya, kesemua mangsa, iaitu seorang lelaki India serta sepasang warga Myanmar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi pemadaman diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shahrul Nizam Shamshudin, melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala, Petaling Jaya dan Damansara.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This