Bapa Dr Akmal Saleh meninggal dunia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BAPA kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh iaitu Saleh Lempah meninggal dunia, pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu dalam hantaran di media sosial Facebook miliknya.

Menurut Dr Muhamad Akmal, bapanya yang lebih mesra dengan panggilan ‘Cikgu Saleh’, 66, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.10 pagi tadi.

Beliau berkata, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Ar-Rahim, Merlimau selepas solat Jumaat, hari ini.

“Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walau sesaat pun.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kesayangan kami, Cikgu Saleh Lempah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi jam 9.10 pagi.

Baca artikel lain: ‘Datang tak diundang, pergi pun tak dikesali’, Akmal gesa Tengku Zafrul letak jawatan menteri

“Mohon doakan agar ayahanda kesayangan kami diampunkan dosa beliau dan ditempatkan di kalangan kekasih Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Allahyarham meninggalkan balu, Rosnah Hashim serta lima anak.

Sejak akhir bulan lalu, Dr Muhamad Akmal yang juga EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkongsi mengenai keadaan kesihatan bapanya yang semakin merosot dan meminta orang ramai yang mendoakan insan kesayangan keluarganya itu.

Masalah kesihatan dialami bekas guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Ya’kub (SDARY), Merlimau dan SMK Seri Mahkota, Umbai itu semakin merosot selepas mengalami lumpuh yang sejak beberapa tahun lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This