Bukan obses pada Najib tapi pertahankan hak, kata Akmal kepada PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEBERAPA pihak yang dilihat terus menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah disebabkan ‘obses’ tetapi hanya mahu mempertahankan hak bekas Perdana Menteri itu.

Itu penegasan yang diberikan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempersoalkan ‘ketaasuban’ sesetengah pihak terhadap Najib.

Dalam hantaran di Facebook, Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menegaskan, beliau hanya mempertahankan hak Najib yang didakwanya telah memperoleh tahanan rumah yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong ke-16 sebelum ini.

Menurut beliau, penyokong Najib akur dengan keputusan yang diberikan terhadap bekas Presiden UMNO itu.

Namun begitu, katanya, semua pihak juga perlu akur apabila Najib telah dikurniakan hak tahanan rumah oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Bukan obses pada Najib wahai PMX (Perdana Menteri) tetapi mempertahankan hak Najib yang telah mendapat tahanan rumah yang dikurniakan kepada beliau oleh Tuanku Agong yang sebelum ini.

“Kami tidak turun berdemo mempertikaikan keputusan mahkamah seperti yang pernah dilakukan oleh penyokong Datuk Seri satu masa dahulu, kami hanya mahu hak Najib diberikan sahaja.

“Sama juga seperti penyokong Datuk Seri dahulu, yang merasakan Datuk Seri perlu diberikan hak pengadilan yang adil, begitu juga kami pada Najib,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Dalam diam kita mengatur langkah, kata Akmal Saleh

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal menegaskan, tiada helah lain bagi mempertahankan Najib selain daripada diberikan semula hak kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

“Bagaimana Datuk Seri mempunyai jasa pada negara, begitu juga dengan Najib yang tidak boleh dinafikan jasa beliau.

“Maka jangan takut, jangan bimbang ya PMX (Perdana Menteri),” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mempersoalkan ‘ketaasuban’ sesetengah pihak yang jelas terhadap skandal 1MDB dan Najib ketika masih ada banyak lagi kes berkaitan rasuah yang melibatkan kerugian bernilai berbilion-bilion ringgit.

Menurut laporan Malaysiakini, Anwar ketika bercakap dalam program 101 East terbitan Al-Jazeera menegaskan sikapnya kekal dalam isu 1MDB.

“1MDB satu kes besar sedang berjalan. Ia berterusan. Tetapi mereka yang taasub dengan Najib dan 1MDB saja, saya tidak berkongsi (sentimen dengan mereka).

“Jika anda mendengar mereka, (seolah-olah) satu-satunya masalah di Malaysia ialah Najib dan skandal 1MDB.

“Saya beritahu anda, ya (Najib) sebahagian daripada skandal itu. Bukan Najib saja sebagai perdana menteri, ada perdana menteri lain sebelum dia, menteri kewangan lain sebelum dia, selepas dia, kejar mereka!

“Mengapa lindungi sesetengah orang? Mengapa ada obsesi ini…?” kata Anwar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This