Titah Adendum: Kerajaan hormati pandangan semua pihak – PM

Dari Penulis

KERAJAAN menghormati pandangan semua pihak berkaitan Titah Adendum, namun menegaskan dokumen itu tertakluk kepada proses mahkamah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, bagaimanapun berkata buat masa ini proses berkenaan masih dalam urusan mahkamah.

“Titah Adendum ini urusan mahkamah sekarang, tak ada masalah. (Biar) urusan mahkamah. Pandangan masing masing, kita hormati tapi (harus) ikut proses,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahim di sini hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan UMNO yang memohon titah tahanan rumah ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat dilaksanakan selaras kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berpandukan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata ia susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum berkenaan oleh Peguam Negara, semalam.

Baca artikel lain: Pendidikan kekal jadi salah satu tonggak hubungan Malaysia-Australia – PM

Rabu lepas, media melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Sebaliknya, AGC mempertikaikan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.

Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This