ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa supaya kerajaan menolak pencalonan pengulas konservatif yang juga penulis, Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.
Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menegaskan, rekod kenyataan dan pendirian Adams yang bersifat ekstrem, anti-Palestin serta menolak prinsip hak asasi manusia sejagat jelas bertentangan dengan nilai masyarakat majmuk dan dasar luar Malaysia.
Menurut Ahmad Fahmi, pihaknya memandang serius pencalonan Nick Adams itu.
“ABIM berpandangan bahawa kedudukan Malaysia sebagai negara yang menjunjung dasar luar berasaskan prinsip MADANI – memperjuangkan maruah insan, solidariti kemanusiaan dan keamanan sejagat wajar dijaga dengan penuh hemah.
“Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk meneliti secara kritikal kesan jangka panjang terhadap hubungan dua hala sekiranya pelantikan ini diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Kerajaan digesa tolak pencalonan Nick Adams sebagai Duta AS ke Malaysia
Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi berkata, Malaysia berhak menolak mana-mana calon duta yang tidak mencerminkan semangat saling menghormati, selaras dengan Artikel 4 Konvensyen Vienna tentang Perhubungan Diplomatik 1961.
“Ini penting bagi memastikan hubungan diplomatik Malaysia tidak dikaburi oleh unsur yang boleh merosakkan persefahaman bersama dan nilai keadilan antarabangsa yang kita dukung,” katanya.
Jumaat lalu, Trump mengumumkan Adams sebagai calon Duta Besar AS ke Malaysia yang baharu.
Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump menyifatkan Adams sebagai seorang nasionalis luar biasa serta usahawan yang sangat berjaya, sambil memuji komitmennya terhadap apa yang digelarnya sebagai ‘Nilai Keunggulan Amerika’.
Adams adalah seorang tokoh konservatif kelahiran Australia, penyokong lantang Trump dan dikenali menerusi usaha advokasinya yang pro-Amerika termasuk penerbitan beberapa buku serta kemunculan dalam media yang memperjuangkan nilai-nilai sayap kanan.
Pencalonannya dijangka melalui proses pengesahan Senat sebelum pelantikan itu dapat dimuktamadkan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

