Tiba-tiba muncul dan hilang ketika cuaca buruk, misteri patung di serambi rumah tertua New Hamburg

Dari Penulis

Terletak kira-kira 130 kilometer di utara kota metropolitan New York, perkampungan New Hamburg dikenali dengan suasananya yang tenang dan klasik, jauh berbeza daripada hiruk-pikuk kota besar.

Di sini juga terletaknya sebuah kediaman berusia lebih 150 tahun, dibina pada tahun 1845 oleh keluarga Lawson di alamat 9A Main Street. Rumah ini bukan sekadar rumah warisan, tetapi turut menyimpan misteri tersendiri.

Pemilik asalnya, John Lawson, berasal daripada golongan keluarga peneroka Eropah yang terawal menetap di situ. Menurut rekod hartanah, rumah tersebut telah diwariskan kepada seorang saudaranya bernama Cornelius Lawson sekitar awal 1850-an.

Tidak lama selepas rumah itu didirikan, stesen kereta api New Hamburg mula beroperasi berhampiran rumah tersebut. Ketika itu, kereta api sering dikaitkan dengan insiden tragik seperti kemalangan, tergelincir dan letupan.

Tragedi Bermula

Sekitar tahun 1870-an, dua tragedi berlaku berhampiran rumah ini. Peristiwa pertama berlaku pada 6 Februari 1871, apabila sebuah kereta api penumpang yang bertolak dari New York City menuju Albany bertembung dengan sebuah kereta api barang sepanjang 25 gerabak yang membawa minyak dari arah bertentangan.

Pertembungan itu mencetuskan letupan besar yang berlaku hanya berjarak 60 meter dari rumah John Lawson. Seramai 22 nyawa terkorban dalam insiden tersebut.

Rumah John Lawson.

Enam tahun kemudian, pada 3 Mei 1877, kebakaran besar pula melanda. Api bermula dari lorong antara sebuah hotel dan kedai, kemudian menjalar ke stor yang menyimpan minyak tanah dan mencetuskan letupan.

Insiden itu telah memusnahkan tujuh buah bangunan yang berada di sekeliling rumah Lawson. Anehnya, rumah itu langsung tidak disentuh api. Lalu ia mula mencetuskan tanda tanya penduduk, aapakah ada sesuatu yang melindungi rumah tersebut?

Penghuni Aneh Di Serambi

Melangkah ke abad ke-20 dan 21, rumah ini masih berdiri megah dan bertukar tangan pemilik beberapa kali. Namun, satu babak aneh tercatat dalam sejarahnya. Selama lebih satu dekad, serambi rumah ini tiba-tiba ‘didiami’ oleh tiga tetamu pelik – patung wanita bersaiz seperti manusia.

Patung aneh tiba-tiba muncul di serambi rumah ini.

Patung-patung ini yang menyerupai patung di butik pakaian, tiba-tiba muncul pada suatu hari. Mereka dihiasi pakaian vintaj, bertukar gaya rambut palsu dan dilengkapi aksesori seperti sarung tangan putih, sangkar burung kosong, buku, kotak peralatan dan sebotol susu plastik berisi potpuri.

Tiada siapa tahu siapa pemilik rumah tersebut ketika patung-patung itu mula muncul di serambi. Semuanya adalah patung wanita yang berpakaian ala-ala zaman 1800-an.

Lebih aneh, posisi patung-patung ini sering kali berubah. Tiada sesiapa pernah dilihat memindahkan atau menghias mereka. Ketika cuaca buruk, patung-patung itu menghilang. Tetapi bila cuaca kembali cerah, mereka muncul semula di serambi.

Kehadiran mereka mencetuskan pelbagai teori. Ada yang percaya patung-patung ini dirasuk atau menjadi medium roh mangsa tragedi kereta api 1871. Ada saksi melaporkan patung-patung ini sering menghadap ke arah satu-satunya rumah lama lain di kawasan itu, atau ke arah lokasi nahas di stesen kereta api New Hamburg.

Misteri Tanpa Jawapan

Lebih menyeramkan, tiada siapa penduduk di sekitar situ pernah melihat sesiapa menguruskan patung-patung itu.

Kemudian pada tahun 2016, patung-patung itu lenyap begitu saja sebagaimana tiba-tiba ‘mereka’ muncul dan tiba-tiba pula menghilang, ramai tertanya-tanya apa sebenarnya maksud di sebalik keanehan yang ditimbulkan patung misteri ini.

Sehingga ke hari ini, tiada siapa tahu siapa yang meletakkan patung-patung tersebut atau memindahkannya. Jika benar ada orang yang melakukannya, siapa orang itu dan apa tujuannya meletakkan patung di serambi rumah itu?

Mungkin jawapannya terletak dalam konsep psikologi yang disebut sebagai ‘uncanny valley’ – satu teori yang menjelaskan tentang rasa takut atau tidak selesa manusia terhadap objek yang hampir menyerupai manusia.

Patung dan robot yang terlalu ‘hidup’ tetapi tidak cukup sempurna boleh mencetuskan rasa jijik, takut atau ketidakselesaan bawah sedar.  Patung-patung misteri di serambi rumah John Lawson adalah manifestasi sempurna fenomena ini – cukup menyerupai manusia untuk menakutkan, tetapi cukup janggal untuk mengelirukan.

Rumah John Lawson pada tahun 2021. Selepas tahun 2016, tidak lagi kelihatan patung misteri itu.

Menurut rekod jual beli, rumah John Lawson dijual pada Disember 2002. Ia kembali muncul dalam senarai hartanah untuk dijual pada Oktober 2015. Ini menunjukkan kemungkinan besar pemilik rumah antara tahun-tahun itu yang bertanggungjawab atas kehadiran patung-patung tersebut.

Adakah ia sekadar projek seni eksentrik, hiasan jenaka, atau benar-benar sesuatu yang lebih menyeramkan? Tiada siapa tahu.

Walau patung-patung itu tidak lagi muncul selepas lenyap pada 2016, namun kisahnya terus hidup dalam komuniti setempat dan dalam kalangan peminat misteri. Rumah John Lawson ini kini menjadi sebahagian daripada lagenda kawasan itu, meninggalkan tanda tanya yang masih belum terjawab hingga ke hari ini.

___

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This