Kes pengabaian Zayn Rayyan: Nasib ibu bapa diketahui hari ini

Dari Penulis

NASIB ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin sama ada diperintah membela diri atau dibebaskan atas kes pengabaian sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak tersebut akan diketahui hari ini.

Hakim Dr Syahliza Warnoh dijadual memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi terhadap ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.

Sekiranya mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap Ismanira dan Zaim Ikhwan, maka mereka akan dipanggil membela diri, jika sebaliknya kedua-dua tertuduh itu akan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Pada 24 April lepas, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil 28 saksi pendakwaan sepanjang 20 hari perbicaraan yang bermula pada 4 Februari lepas.

Baca artikel lain: Siasatan terhadap ibu bapa Zayn Rayyan bukan sambil lewa – Pegawai penyiasat

Antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan ialah individu pertama yang menjumpai mayat Zayn Rayyan, iaitu Faizul Najib Abd Munaim, Auni Afiqah Abas yang juga pengasuh Zayn Rayyan, pakar perubatan perunding forensik Dr Rohayu Shahar Adnan, tiga pegawai penyiasat serta dua saksi kanak-kanak berusia 10 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi, manakala peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh yang mewakili kedua-dua tertuduh.

Zaim Ikhwan dan Ismanira, masing-masing berusia 30 tahun didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam 6 Disember 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 dan mayatnya ditemukan keesokan harinya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This