Batu Puteh: Tidak perlu imuniti, hadapkan ke mahkamah jika saya bersalah – Tun M

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TUN Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak mahu diberikan imuniti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Pulau Batu Puteh.

Dr Mahathir yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dua kali berkata, beliau rela dihadapkan ke mahkamah sekiranya dituduh bersalah dalam isu tersebut.

Katanya, imuniti untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah.

“Semalam di Dewan Rakyat, saya telah dijatuh hukum sebagai bersalah di dalam kes berkait tidak buat rayuan untuk Pulau Batu Putih. Walaupun saya dijatuh hukum bersalah tiada sebarang tindakan akan diambil kerana faktor umur saya.

“Yang hukum saya bersalah ialah Anwar. Yang umum saya tak perlu diambil tindakan ialah Anwar. Ini bermakna Anwar bukan sahaja Perdana Menteri, beliau juga hakim dan juga pendakwaraya. Begitulah hebat kuasanya. Tetapi Perlembagaan tidak sebut Perdana Menteri boleh jadi pendakwaraya atau hakim.

“Beliau kata umur saya 100 tahun kerana itu saya tidak didakwa walau bersalah. Ini maknanya saya dapat imuniti. Saya tidak mahu imuniti. Jika tuduh saya bersalah, hadapkan saya di mahkamah dan buktikan saya bersalah. Saya tahu saya tak bersalah dan saya mahu buktikan,” ” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Semalam, Perdana Menteri ketika menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) di Dewan Rakyat berkata, usia yang mencecah 100 tahun merupakan faktor utama Kabinet tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir dalam isu Pulau Batu Puteh.

Menurut Perdana Menteri, Kabinet juga mengambil kira status Dr Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri.

“Kita ambil keputusan ini kerana melibatkan mantan PM yang umurnya 100 tahun. Apakah dia tak salah (dalam isu Pulau Batu Puteh)? Dia salah.

“(Tapi) apakah kita perlu ambil tindakan? Saya dalam mesyuarat Kabinet, saya setuju tak ambil tindakan. Kalau ambil tindakan, anda, Kota Bharu (Takiyuddin) yang akan jerit kata kita tak adil,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This