SEORANG anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas diseret oleh sebuah kereta sewa haram atau ‘ulat’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Ahad lalu.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kejadian berlaku semasa pemantauan oleh sepasukan anggota JPJ Selangor yang mengesan seorang lelaki dipercayai melakukan aktiviti ulat teksi dengan menghampiri beberapa individu di kawasan terminal.
Jelas beliau, lelaki berkenaan kemudian berjaya memujuk dan merayu seorang penumpang untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.
“Penumpang itu diminta menunggu di Pintu 3 sementara lelaki terbabit mengambil kenderaannya jenis Mitsubishi Xpander yang diparkir di Pintu 1.
Baca artikel lain: MCMC rakam keterangan 3 individu muat naik video jelik melampau
“Pada kira-kira jam 4.50 petang, anggota pemantauan telah mendekati pintu pemandu kenderaan terbabit dan memperkenalkan diri sebagai anggota JPJ.
“Namun, pemandu tersebut bertindak memecut kenderaannya, menyebabkan seorang anggota terseret dan terjatuh ke atas jalan hingga mengalami kecederaan di tangan dan lutut,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Tambahnya, satu laporan polis telah dibuat oleh anggota terbabit.
Ujarnya, susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan pemandu berusia lingkungan 30-an tersebut dan dia direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

