Usaha perkukuh perkhidmatan JPJ harus diteruskan demi peliharan keyakinan rakyat – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

USAHA memperkukuh penguatkuasaan serta meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) harus diteruskan agar keyakinan rakyat terpelihara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam keadaan jalan raya yang semakin rumit, tanggungjawab ini menuntut ketegasan, pertanggungjawaban dan kecekapan berterusan.

“Selamat ulang tahun ke-80 kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

“Selama lapan dekad, JPJ telah memainkan peranan penting dalam memastikan sistem pengangkutan negara berjalan teratur dan selamat, selari dengan keperluan rakyat dan perkembangan semasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri menghargai komitmen seluruh warga JPJ yang terus berkhidmat dengan tangkas dan berintegriti.

“Semoga institusi ini kekal teguh dalam menjalankan amanahnya demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This