Topcon pilih Malaysia tubuh pusat latihan pertama asia tenggara

Dari Penulis

Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai hab teknologi serantau apabila syarikat teknologi geoposisi global, Topcon Positioning Group, memilih negara ini sebagai lokasi pertama di Asia Tenggara bagi menubuhkan pusat latihan pembinaan pintar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Topcon Corporation, Takashi Eto berkata, pelaburan strategik itu bukan sahaja bertujuan memperkukuh operasi syarikat di Malaysia dan Asia Tenggara, malah membina hubungan kukuh dengan komuniti setempat.

“Kami mahu TMTC menjadi pusat latihan teknologi terkini yang menyediakan latihan praktikal kepada para profesional dan pelajar, supaya mereka bersedia menangani cabaran sebenar di lapangan. Melalui kemudahan ini, kami berharap dapat menyumbang kepada pembangunan industri pembinaan yang lebih pintar dan mampan,” katanya.

TMTC turut menyasarkan kerjasama jangka panjang dengan agensi kerajaan, pihak industri dan institusi pengajian tinggi, selaras dengan matlamat Pelan Strategik Pembinaan 4.0 Malaysia untuk membangunkan modal insan mahir dalam bidang teknologi pembinaan digital.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik penubuhan pusat tersebut yang disifatkan selari dengan aspirasi Rancangan Selangor Pertama (RS-1), khususnya dalam memperkasa pembangunan modal insan dan tadbir urus berasaskan data.

EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, kehadiran TMTC mampu mempertingkat kualiti pelaksanaan projek infrastruktur yang semakin meningkat di negeri ini.

“Kita memerlukan latihan yang sistematik dan berorientasikan masa depan bagi memastikan pelaksanaan projek infrastruktur memenuhi standard global. TMTC mencerminkan kerjasama berpandangan jauh yang menggabungkan pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti,” ujarnya.

Menariknya, selain fokus kepada sektor pembinaan, Topcon turut merancang memperkenalkan modul khas berkaitan pertanian pintar, sebagai usaha menyokong keselamatan makanan negara menerusi teknologi moden yang mampu meningkatkan hasil tanaman.

Duta Besar Jepun ke Malaysia, TYT Shikata Noriyuki, turut hadir ke majlis pelancaran dan menyifatkan inisiatif tersebut sebagai lambang hubungan erat Malaysia–Jepun dalam memacu inovasi serantau.

“Penubuhan pusat latihan ini menggambarkan komitmen Jepun dalam menyokong pembangunan modal insan dan kerjasama teknologi antara kedua-dua negara,” katanya.

Pusat latihan berkenaan, Topcon Malaysia Training Centre (TMTC), yang terletak di Shah Alam, merupakan kemudahan latihan keempat Topcon di dunia selepas Amerika Syarikat, Itali dan Jepun, sekali gus mengukuhkan lagi kepercayaan syarikat antarabangsa terhadap ekosistem pembinaan dan kejuruteraan di Malaysia.

Penubuhan TMTC dijangka memberi impak besar terhadap peningkatan kompetensi tenaga kerja tempatan dalam teknologi pembinaan, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju transformasi digital dalam sektor infrastruktur di Asia Tenggara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahu Menang Jongkong Emas Fizikal? Ini Cara Sertai Peraduan Ulang Tahun Ke-14 JustMarkets

PLATFORM JustMarkets mengumumkan pelancaran peraduan mega Great Anniversary Contest sempena sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-14.  Kempen gergasi yang menawarkan...

More Articles Like This