Pegawai kanan disyaki dalang sindiket penyeludupan: ATM tak merahsiakan, beri kerjasama penuh

Dari Penulis

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) tidak akan merahsiakan sebarang isu susulan penahanan pegawai kanan pasukan itu yang disyaki menjadi dalang sindiket penyeludupan beroperasi di selatan tanah air.

Memetik laporan BH Online, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar memaklumkan, ATM akan memberi kerjasama penuh dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes tersebut.

Menurut Mohd Nizam, perkara tersebut masih dalam siasatan dengan ATM tidak akan merahsiakan perkara itu.

“Kami akan memberi kerjasama sebaiknya dan Insya-Allah, bilangan sebenar yang ditahan membabitkan pegawai ATM akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Kami tidak akan merahsiakannya, biar perkara ini disiasat dengan terperinci,” katanya.

Baca artikel lain: SPRM lumpuhkan sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan ATM

Terdahulu, UtusanTV melaporkan SPRM berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan disyaki didalangi pegawai kanan ATM yang beroperasi di selatan tanah air.

Sindiket tersebut telah dilumpuhkan menerusi Op Sohor yang dijalankan Bahagian Perisikan dengan bantuan pasukan Skuad Taktikal Anti-Rasuah (ACTS) SPRM.

Menurut sumber, lima pegawai kanan tentera dan lima orang awam termasuk seorang warga Indonesia telah ditangkap di sekitar Lembah Klang.

Sumber memaklumkan, kesemua suspek berusia lingkungan 30 sehingga 50-an telah ditahan sejak operasi dilancarkan pada pukul 6.30 pagi tadi.

Katanya, serbuan itu telah dilakukan berpandukan maklumat risikan selama kira-kira setahun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keputusan bina loji kuasa nuklear dipertimbang selepas semua prasyarat dipenuhi

SEBARANG keputusan berhubung pembinaan loji jana kuasa nuklear hanya akan dipertimbangkan setelah semua prasyarat berkaitan dipenuhi. Pada masa sama, Timbalan...

More Articles Like This