UMNO protes parti Kerajaan Perpaduan terima ahlinya, sampaikan nota bantahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

UMNO akan menyampaikan nota bantahan kepada semua kepemimpinan parti-parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan yang bercadang atau telah mengizinkan kemasukan ahli-ahlinya ke dalam parti masing-masing.

Perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, protes tersebut merupakan amaran keras terhadap parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurut Asyraf Wajdi, sekiranya isu tersebut tidak ditangani, ia boleh mengeruhkan hubungan sesama parti-parti gabungan.

“UMNO akan menyampaikan nota bantahan kepada semua kepemimpinan parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan yang bercadang mahu pun yang sudah mengizinkan kemasukan ahli daripada UMNO ke dalam parti masing-masing.

“Protes ini adalah amaran keras, yang jika tidak ditangani boleh mengeruhkan hubungan sesama parti gabungan,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Armada Bersatu sertai Pemuda UMNO ke Kepala Batas Khamis ini

Jumaat lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan permohonan beliau untuk menyertai PKR sudah diterima.

Beliau yang meletak jawatan dalam UMNO dan menyatakan niat untuk menyertai PKR pada 30 Mei lalu, kini ialah ahli PKR bagi Cabang Ampang.

Menerusi surat dihantar kepada pimpinan UMNO, Tengku Zafrul memaklumkan hasrat untuk meletak jawatan sebagai ahli MKT, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This