Ada kemungkinan hepatitis, HIV disuntik kepada anak saya – Rafizi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BEKAS Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menyatakan ada kemungkinan virus seperti hepatitis dan HIV disuntik kepada anaknya dalam insiden serangan yang berlaku petang semalam.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, selain itu, terdapat dua lagi kemungkinan kandungan jarum suntikan yang disasarkan kepada anak tunggalnya itu.

“Keadaan anak saya selepas kejadian memang digegaskan ke Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana rawatan sebelum ini di UPM. Pemeriksaan awal sudah berlaku, ujian darah dan pemerhatian. Ada tiga pandangan peribadi saya, bukan pandangan perubatan, kerana pandangan perubatan perlu tunggu lama berbulan-bulan.

“Ada tiga kemungkinan, pertama adalah sama ada dadah atau racun. Kedua yang disuntik itu adalah viral seperti hepatitis, HIV dan sebagainya. Ketiga, yang disuntik itu hanya kosong, dia suntik air. Jadi sebab itu kita kena lalui proses ini beberapa bulan.

“Jadi untuk tempoh 24 jam pertama, keutamaannya adalah ujian darah untuk kesan dadah, racun dan yang penting adalah pemerhatian. Setakat ini, pemerhatiannya okay,” katanya dalam sidang media khas di Parlimen hari ini.

Baca artikel lain: PN kecam serangan ke atas anak Rafizi Ramli

Semalam, Rafizi mengesahkan insiden anaknya diserang secara tiba-tiba di sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya pada jam 1.45 petang.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila anak dan isterinya itu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat membeli-belah tersebut sebelum didatangi seorang lelaki yang mengheret anaknya dan mencucuknya dengan jarum suntikan.

Menurut Rafizi, semakan menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isterinya dan beliau percaya serangan itu telah dirancang lebih awal.

Mengulas lanjut, Rafizi mendedahkan isterinya pula menerima mesej ugutan yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, antara mesej yang diterima adalah mengugut anak mereka dengan jangkitan AIDS.

“Isteri saya menerima mesej ugutan pada jam 1.12 malam semalam di nombor telefonnya. Dari satu nombor telefon, mesejnya begini ‘diam andai teruskan AIDS.

“Mesej yang kedua ialah pagi ini pada pukul 11.02 pagi tadi, dihantar melalui WhatsApp juga, mesej yang sama ‘diam andai teruskan AIDS’, kemudian emoji picagari tiga kali,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas perlu patuh arahan, perkukuh gerak kerja hadapi pilihan raya – Ahmad Samsuri

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan seluruh jentera Pas supaya mengutamakan disiplin, mematuhi arahan...

More Articles Like This