Bella Astillah sedih anak kena buli di sekolah – “Ada yang jerit panggil Ayden anak yatim”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Bella Astillah meluahkan rasa sedih apabila anak sulungya, Mohamad Ayden Adrean Mohd Aliff,8, menjadi mangsa buli rakan sebaya di sekolah.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah,31, perkara tersebut telah mendorongnya mendaftarkan Ayden ke kelas Taekwondo demi membina keyakinan dan kemahiran mempertahankan diri.

Keputusan itu dibuat disebabkan bimbang kejadian yang pernah dialaminya sendiri berulang kepada anaknya.

“Saya risau sebab saya pernah kena (buli). Jadi untuk anak saya sendiri, saya nak dia masuk Taekwondo supaya dia dapat jaga diri.

“Tapi dia masih tetap kena buli walaupun dah masuk kelas Taekwondo.

“Di sekolah agama pun dia kena buli. Saya memang sangat sedih lah,” katanya kepada URTV.

Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman pensijilan Halal  Restoran Thong Bowl di IOI City Mall, Putrajaya, petang tadi.

Menurut Bella, anaknya bersekolah pada sesi pagi di sebuah sekolah jenis kebangsaan dan pada waktu petang pula di sekolah agama. 

Namun, di sekolah agama tersebut, Ayden dikatakan pernah diejek dan digelar dengan panggilan tidak sepatutnya seperti ‘anak yatim’.

“Ayden dibuli secara emosi dan fizikal. Paling sedih di sekolah agama ada yang jerit panggil Ayden sebagai anak yatim.

“Tapi saya dah pelbagai cara. Dah jumpa beberapa pihak termasuklah guru, ibu bapa dan pelaku itu sendiri.

“Saya ada pergi sekolah dan berjumpa sendiri dengan ustazah. Saya harap Ayden kuat sebab pelaku adalah budak perempuan.

“Insya-Allah semoga ada perubahan yang baik,” ujarnya.

Untuk info, Ayden merupakan hasil perkahwinan Bella dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Selain Ayden, mereka turut dikurniakan anak perempuan, Ara Adreanna yang kini berusia lima tahun.

Bella dan Aliff bagaimanapun bercerai pada 19 Jun 2024 untuk kali kedua.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This