Persidangan Wanita ASEAN: Azharina kongsi peranan seni dalam budaya & kemanusiaan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI tersohor tanah air, Azharina Azhar, melakar sejarah tersendiri apabila dijemput sebagai satu-satunya wakil industri seni dalam kalangan panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).

Persidangan anjuran IKSnita dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah ini mengetengahkan tema “Women in Humanity and Culture”, menghimpunkan tokoh-tokoh wanita berpengaruh dari seluruh ASEAN termasuk Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Sebagai Presiden Kelab Artis 1 Malaysia Sabah (KA1MS), Azharina berkongsi pengalaman lebih dua dekad dalam bidang seni serta peranan aktifnya dalam kerja kebajikan dan aktivisme wanita.

Antara inisiatif yang diketengahkan termasuk Konsert Amal Maya Azharina & Friends pada 2021 yang berjaya mengumpul dana bagi mangsa banjir di Sabah.

“Saya terlibat secara langsung dalam pengagihan bantuan makanan asas kepada ibu tunggal dan anak-anak. 

“Bantuan ini memberi kesan nyata kepada komuniti yang sering terpinggir,” katanya dalam sesi forum berkenaan.

Azharina turut menyentuh bagaimana muzik menjadi wadah memperjuangkan isu wanita menerusi lagu-lagu bertema kekuatan dan ketabahan seperti “Hey Lelaki”, “Realiti”, dan “Cinta Kita Selamanya”. 

Dia juga berkongsi pencapaian peribadinya termasuk anugerah Tourism Icon of The Year (Celebrity) oleh Malaysia Tourism Council Gold Awards 2022.

Dalam ucapannya, Azharina melahirkan rasa syukur dan teruja diberi peluang menyertai forum bersama tokoh wanita seperti Puan Seri Datin Prof. Dr. Liana Lim dan Ms Jumriati Abdullah, sekaligus menyifatkan pengalaman itu sebagai sangat menginspirasikan.

“Saya berterima kasih kepada IKSnita dan UiTM Sabah atas peluang ini. 

“Persidangan ini membuka ruang kepada wanita ASEAN untuk menyuarakan pendapat dan membina jaringan sokongan serantau,” ujarnya.

Turut hadir ke acara ini ialah Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Datuk Hajjah Hanifah Hajar Taib dan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag bersama barisan ilmuwan dan aktivis serantau. 

Acara tersebut berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang dengan pelbagai sesi forum, pembentangan dan jaringan kerjasama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This