Bina istana di atas pusara, politik yang rendah nilai – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat usaha memperdagangkan nyawa dan tragedi orang lain demi meraih laba murahan sebagai politik yang rendah nilai.

Beliau menyifatkan situasi tersebut sebagai membina istana di atas pusara, yang mampu menghakis sendi perpaduan dan nilai bangsa.

Katanya, negara yang didambakan tidak hanya berdiri dan berpaksi pada angka pelaburan serta pertumbuhan semata-mata, tetapi mesti utuh di landasan akhlak, adab dan perikemanusiaan.

“Mana-mana pihak, tidak kira kedudukan atau pengaruh yang mengugut, menghasut atau menabur kebencian akan berdepan tindakan setegasnya demi menjamin keamanan seluruh rakyat, tanpa kira kaum mahupun warna kulit.

“Demokrasi menjamin serta memberi ruang untuk kebebasan bersuara, tetapi ia bukan lesen untuk memecah-belah atau merendah-rendahkan maruah orang lain.

“Kedudukan majoriti bukan untuk menindas, begitu juga minoriti tidak berhak mengeksploit isu-isu tertentu dengan matlamat mencabar asas keharmonian negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Jangan terus menghukum kerana benci, ada sejarah tertentu – PM

Justeru, katanya, Malaysia mesti kekal sebagai negara hukum dan setiap kes mesti disiasat secara adil, telus, berlandaskan fakta, bukan emosi serta prejudis yang keterlaluan.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menekankan perpaduan tidak akan terjelma tanpa perkhidmatan awam yang teguh, mantap dan cekap.

Jelasnya, MAPPA XX menjadi wadah untuk beliau suguhkan penghargaan kepada seluruh penjawat awam yang setia mendukung agenda kenegaraan.

“Hari ini kita melakar sejarah dengan tambahan skim saraan tertinggi sejak merdeka yang telah memanfaatkan ratusan ribu penjawat awam, dengan pelbagai insentif baharu.

“Saya percaya penghargaan ini akan dibalas dengan khidmat yang lebih padu, cemerlang dan berintegriti, demi membawa Malaysia ke mercu ketinggian.

“Mari bersama kita pertahankan keamanan, lonjakkan ekonomi dan perkukuh nilai bangsa kerana negara ini milik semua dan masa depannya terpikul di bahu kita semua,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This