PERTEMUAN penuh harmoni dan semangat kebersamaan antara Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor mencerminkan kematangan politik masing-masing.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjayakan pertemuan itu di pejabatnya, semalam.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut menyifatkan pertemuan penuh makna antara Ahmad Zahid dengan Hajiji itu mencerminkan iltizam untuk memperkukuh kerjasama demi kestabilan negara.
Kata beliau, ia penting dalam konteks hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.
Beliau turut percaya bahawa kestabilan politik merupakan asas penting dalam menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Baca artikel lain: PM hulur bantuan kepada pesakit kanser tahap 4
“Justeru, kerjasama erat antara pemimpin negeri dan Persekutuan amat penting dalam memastikan aspirasi rakyat dapat direalisasikan secara menyeluruh dan inklusif.
“Saya berharap semangat muafakat ini akan terus menjadi asas kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh, demi masa depan Malaysia yang progresif, adil dan sejahtera untuk semua,” katanya dalam hantaran tersebut.
Pertemuan tersebut dilihat sebagai satu lagi usaha Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) untuk ‘menyatukan’ BN dengan GRS menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi.
Dalam lawatan ke Sabah awal bulan ini, Anwar menyentuh mengenai “cinta tiga segi” yang sedang berlaku dan menyuarakan harapan agar pertembungan pilihan raya antara BN dan GRS dapat dielakkan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

