PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbesar hati menyampaikan bantuan kepada seorang pesakit kanser yang dikenali sebagai Wan Zaliha.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, Wan Zaliha kini sedang melawan kanser usus tahap 4 dan pada masa sama menerima rawatan kimoterapi.
Lebih menyentuh hati, katanya, si suami dikenali sebagai Rahman setia menemani setiap proses rawatan, sanggup mengambil cuti tanpa gaji demi berada di sisi isteri beliau.
“Setiap kali mendengar kisah pesakit kanser, hati saya pasti terusik. Sejak hujung tahun lalu, hidupnya berubah sepenuhnya apabila hanya bergantung kepada susu khas yang kosnya tinggi.
“Selama tujuh bulan, beliau terpaksa menanggung sendiri sebelum akhirnya menerima bantuan bulanan daripada Institut Kanser Negara (IKN) bermula Julai lalu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Tengku Zafrul tegaskan mahu kekal dalam politik
Ahmad Farhan berkata, beliau telah menyampaikan sedikit sumbangan bagi pihak Perdana Menteri sebagai tanda prihatin dan solidariti.
“Semoga bantuan kecil ini mampu meringankan beban keluarga, di samping menjadi penguat semangat buat Puan Wan Zaliha untuk terus berjuang.
“Saya juga mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan, ketabahan dan kelapangan hati buat beliau serta keluarga tercinta,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

