SALAM Shah Alam Specialist Hospital, sebuah hospital pakar terkemuka di Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke atas UtusanTV, hari ini.
Kunjungan ini bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan serta membuka ruang kerjasama strategik dua hala antara UtusanTV dan pihak pengurusan SALAM Shah Alam Specialist Hospital.
Pertemuan tersebut juga diadakan bagi memperkenalkan Ketua Pengarang baharu UtusanTV, Metra Syahril Mohamed, sekali gus mengeratkan hubungan antara kedua-dua organisasi.
Dalam pertemuan itu, perbincangan turut menyentuh mengenai peluang kolaborasi untuk mengetengahkan pelbagai program kesihatan, inisiatif komuniti serta keunikan perkhidmatan yang ditawarkan SALAM melalui platform UtusanTV.
Sebagai hospital pakar yang beroperasi selama 22 tahun di Shah Alam, SALAM menawarkan kepelbagaian perkhidmatan termasuk ortopedik, pediatrik, pembedahan umum, obstetrik dan ginekologi, serta rawatan kecemasan 24 jam.
Hospital ini turut dilengkapi dengan kemudahan moden dan fasiliti perubatan lengkap seperti bilik pembedahan berteknologi tinggi, makmal diagnostik dan ruang rawatan pesakit yang selesa.

Keistimewaan SALAM turut terserlah melalui pendekatannya yang memberi tumpuan kepada kesihatan keluarga merangkumi penjagaan dari kanak-kanak hingga warga emas.
Selain itu, hospital ini aktif menganjurkan program komuniti seperti pemeriksaan percuma, seminar kesihatan dan kempen gaya hidup sihat yang memberi manfaat kepada masyarakat. Pendekatan mesra syariah yang diamalkan dalam perkhidmatan perubatannya juga menambahkan keyakinan pesakit Muslim terhadap hospital ini.
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Akim Affandi Ahmad, Ketua Pemasaran Komunikasi Korporat dan IT, Ahmad Ramli Maryakon dan Eksekutif Pemasaran, Marissa Zahara Maslan.
Melalui kelebihan yang ada, kerjasama bersama UtusanTV dilihat mampu menonjolkan lagi kepakaran SALAM, di samping memperluaskan capaian maklumat kesihatan yang bermanfaat kepada masyarakat.
Untuk rekod, UtusanTV kini merupakan media arus perdana nombor satu di platform media sosial TikTok dengan jumlah pengikut seramai 5.6 juta orang. UtusanTV juga terus mengukuhkan kedudukan di media sosial lain seperti Facebook (147,000 pengikut), Instagram (128,000 pengikut) dan Telegram (64,539 pengikut).
Dengan hampir 6 juta pengikut terkumpul di semua platform media sosial, UtusanTV kini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk mendapatkan berita terkini yang sahih dan tepat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

