ASPEK kesihatan, produktiviti dan kompetensi tanpa menjejaskan peluang kemajuan kerjaya pegawai muda antara tumpuan kajian melanjutkan umur persaraan minimum penjawat awam daripada 60 kepada 65 tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa memaklumkan, kesiapsiagaan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam menyokong pelanjutan tempoh perkhidmatan turut dikenal pasti menerusi kajian tersebut.
Menurut beliau, penentuan umur persaraan yang sesuai akan turut melibatkan penelitian terhadap implikasi kewangan fiskal kerajaan dalam tempoh jangka pendek dan panjang.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melaksanakan kajian keperluan dasar dan model pelaksanaan umur persaraan minimum daripada 60 tahun kepada 65 tahun.
Baca artikel lain: Projek Kota MADANI ringankan beban penjawat awam, pacu produktiviti – KSN
“Ia termasuk meneroka keperluan pindaan perundangan yang terkait dengan pencen sektor awam yang mana merupakan inisiatif digariskan menerusi Rangka Tindakan Penuaan Nasional yang diterajui Kementerian Ekonomi.
“Kesan menyeluruh dari sudut ekonomi, sosial, perundangan, politik dan teknologi akan turut diteliti bagi memastikan keputusan yang diambil adalah holistik, seimbang dan mengambil kira kepentingan negara serta kebajikan penjawat awam secara keseluruhan,” katanya.
Beliau berkata dalam jawapan bertulis dimuatnaik dalam laman sesawang Parlimen.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) mengenai rasional cadangan kerajaan untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam kepada 65 tahun.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

