Tabung Haji sahkan kos penjenamaan RM5.9 juta untuk tiga tahun

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LEMBAGA Tabung Haji mengesahkan bahawa kos penjenamaan semula institusi itu yang menjadi perdebatan sebelum ini adalah berjumlah RM5.9 juta untuk tempoh tiga tahun.

Ia sekali gus mengesahkan bahawa kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, 18 Ogos lalu adalah benar.

Tabung Haji dalam kenyataan memaklumkan, kos bagi fi konsortium perunding bagi kerja penjenamaan itu melibatkan penyelidikan dan kajian pasaran, audit dan pelan penjenamaan.

Selain itu, katanya, ia juga melibatkan kos perhubungan awam dan latihan pembudayaan dalaman.

“Setakat ini, sebanyak RM1.6 juta telah dibayar mengikut jadual bayaran.

“Tabung Haji menegaskan bahawa tiada sebarang kontrak atau pelantikan lain telah dibuat bagi inisiatif ini.

“Tabung Haji sentiasa komited untuk memastikan semua keputusan yang diambil menepati garis panduan serta kepentingan para pendeposit,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel lain: Semak kesahihan tawaran perkhidmatan pakej badal haji elak ditipu – Tabung Haji

Isu melibatkan penjenamaan semula Tabung Haji kecoh selepas pihak-pihak tertentu mendakwa kos itu mencecah belasan juta di samping diberikan kepada entiti bukan Islam secara rundingan terus.

Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) dalam sidang Dewan Rakyat turut mendakwa memperoleh maklumat sulit dan dokumen berkenaan kos projek penjenamaan semula Tabung Haji (TH) sebanyak RM18 juta.

Bagaimanapun, Mohd Na’im menegaskan, kos bagi menggunakan perunding bagi projek penjenamaan itu adalah RM5.9 juta untuk tiga tahun.

Pada masa sama, beliau berkata, syarikat yang dilantik bagi projek tersebut merupakan gabungan konsortium terdiri daripada empat syarikat tempatan berpandukan kepakaran dan kebolehan selari dengan keperluan kerja penjenamaan tersebut.

Jelasnya, konsortium itu dianggotai golongan profesional berbilang kaum dan pemilihan syarikat berkenaan telah mendapat kelulusan menerusi kaedah dan tadbir urus perolehan Tabung Haji yang dikawal selia oleh Lembaga Pengarah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This