Malaysia, Brunei kongsi tekad selesai isu tertunggak – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA dan Brunei sepakat serta berkongsi tekad yang sama untuk menyelesaikan isu tertunggak yang telah lama berlarutan.

Tekad itu dinyatakan dalam pertemuan empat mata antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, perbincangan sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei (ALC) ke-26 itu diadakan bagi menilai pencapaian kerjasama di samping merangka hala tuju lebih utuh antara kedua-dua negara.

Menurut Anwar, kesepakatan itu diyakini mampu mengangkat hubungan Malaysia dan Brunei ke tahap yang lebih erat serta strategik.

“Antara yang dibincangkan termasuk soal sempadan, bidang kerjasama komersial yang merangkumi sektor tenaga, hal ehwal maritim, perdagangan dan pelaburan.

“Malaysia turut mengalu-alukan penambahan penerbangan Royal Brunei Airlines ke Sabah, pembukaan Sarawak Trade and Tourism Office (STATO) di Bandar Seri Begawan serta prospek kerjasama dalam bidang pertanian, sekuriti makanan dan pendidikan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Malaysia tak boleh ketinggalan dalam kuasai teknologi AI – PM

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau dan Sultan Hassanal Bolkiah turut mengambil kesempatan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Myanmar serta perkembangan melibatkan konflik di Kemboja dan Thailand.

“Usai pertemuan, saya telah meraikan Baginda Tuanku dan delegasi Brunei dalam majlis makan tengah hari.

“Mendoakan semoga hubungan istimewa antara Malaysia dan Brunei terus mekar berteraskan ukhuwah, kerjasama strategik dan aspirasi bersama demi kestabilan, kesejahteraan serta kemakmuran rantau ini,” katanya.

Terdahulu, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Seri Perdana pada pukul 10.30 pagi diiringi Putera ‘Abdul Mateen Bolkiah.

Baginda berada di Malaysia bagi lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sultan Hassanal Bolkiah diberi sambutan negara di Istana Negara semalam, diikuti dengan Kunjungan Menghadap Yang di-Pertuan Agong serta majlis santapan negara yang dianjurkan oleh Sultan Ibrahim.

Pada 2024, Brunei merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM7.53 bilion (USD1.77 bilion).

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2025, jumlah dagangan Malaysia-Brunei mencecah USD690 juta (RM3.02 bilion), dengan eksport berjumlah USD500 juta (RM2.18 bilion) dan import USD190 juta (RM840 juta).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This