BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah yayasan milik institusi perbankan dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan selepas dipercayai terlibat membuat tuntutan palsu berjumlah lebih RM2.1 juta.
Kedua-dua suspek tersebut direman selama lima hari sehingga 31 Ogos ini.
Permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu telah dibenarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Menurut sumber, bekas CEO yayasan milik institusi perbankan dan pengerusi NGO itu telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, semalam.
Katanya, kedua-dua suspek berusia lingkungan 30 dan 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan sekitar pukul 5 petang hingga 11.30 malam.
Baca artikel lain: Op Sikaro: SPRM rakam percakapan 10 individu, siasat 14 syarikat
“Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek dipercayai telah bersubahat dengan memperakukan dan mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu.
“Ia melibatkan tuntutan peruntukan kepada sebuah yayasan yang berjumlah lebih RM2.1 juta,” katanya.
Sumber memberitahu, tuntutan palsu tersebut melibatkan bantuan di bawah tabung pendidikan sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan sebagaimana dalam permohonan.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Beliau memaklumkan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

