KEMERDEKAAN bukan hanya bebas daripada penjajahan zahir tetapi juga seharusnya bebas daripada belenggu jiwa, fikiran, dan kelekaan yang boleh melemahkan umat serta negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebagai sebuah watan berdaulat, semua pihak dituntut untuk membinda peradaban yang berteraskan ilmu, keadilan dan kesejahteraan.
Katanya, Malaysia adalah rumah untuk seluruh rakyat yang terdiri daripada kepelbagaian bangsa, budaya dan agama tanpa mengira perbezaan ideologi politik.
“Hari ini bukan sekadar peringatan kepada detik merdeka yang telah kita warisi, tetapi juga saat untuk kita merenung erti watan sebagai amanah dan daulah sebagai tanggungjawab.
“Malaysia adalah rumah kita bersama. Dalam kepelbagaian bangsa, budaya, dan agama, terikat satu tekad kita bersama, iaitu mempertahankan kedaulatan, mengangkat maruah anak bangsa, perkukukuhkan perpaduan dan memastikan negara ini terus makmur serta dihormati.

“Inilah erti kemerdekaan yang hakiki; bukan hanya diwarisi, tetapi dipertahankan dan diperkasakan oleh generasi ke generasi,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Fadillah berkata, generasi hari ini perlu menyedari betapa cabaran global seperti perubahan iklim, kemajuan teknologi, dan geopolitik menuntut semua untuk lebih berdaya tahan, berfikiran terbuka dan inovatif, namun tetap berpaksikan jati diri sebagai rakyat Malaysia.
Menurut Fadillah, Malaysia teguh kerana kepelbagaian bangsa, budaya, agama dan bahasa yang dimiliki.
“Inilah kekuatan kita. Sejarah telah membuktikan ketika kita bersatu hati, kita berjaya menempuh apa jua cabaran daripada perjuangan kemerdekaan sehinggalah bersama-sama membangunkan negara .
“Tema Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni – mengingatkan kita bahawa rakyat ialah teras pembangunan negara. Malaysia MADANI menekankan nilai kemanusiaan, ihsan, keadilan dan kesejahteraan.
“Kita mahu membina sebuah negara yang inklusif, di mana setiap rakyat berasa dihormati, disantuni dan dilindungi,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

