Mufti Sabah, Timbalannya nafi terhidu bauan harum pada jenazah Zara Qairina

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MUFTI Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar menafikan beliau dan Timbalannnya terhidu bauan harum pada jenazah Zara Qairina Mahathir seperti yang tersebar di media sosial, baru-baru ini.

Bungsu@Aziz dalam kenyataan berkata, dakwaan video tular mengenai bauan harum pada jenazah Zara Qairina itu tidak benar, tidak berasas, dan boleh mencemarkan nama baik institusi kemuftian negeri Sabah.

Menurut Bungsu@Aziz, beliau bersama Timbalannya tidak terlibat semasa proses penggalian semula jenazah Qairina dilakukan seperti yang didakwa video ‘Penggali Kubur’ tersebut.

“Kenyataan tersebut adalah fitnah yang boleh menjejaskan reputasi serta kepercayaan masyarakat terhadap Pejabat Mufti Negeri Sabah. Pihak yang terlibat diminta menarik balik penyataan tersebut serta memohon maaf secara lisan dan bertulis sebelum tindakan undang-undang dilaksanakan.

“Oleh yang demikian, Pejabat Mufti Negeri Sabah menasihatkan semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Turut dijelaskan bahawa tindakan undang-undang juga boleh diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan kenyataan di dalam video tersebut,” katanya.

Beliau menambah, Pejabat Mufti Negeri Sabah berharap agar kenyataan itu dapat menjelaskan kedudukan sebenar dan menghentikan sebarang salah faham berkaitan is berkenaan.

Terdahulu, tular video oleh penggali kubur berdurasi 46 saat menerusi media sosial pada 28 Ogos lalu mendakwa, mufti dan timbalan mufti terbabit dalam proses penggalian semula kubur Allahyarham Zara, baru-baru ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This