Inkues  Zara Qairina: Mahathir dibenarkan sertai prosiding sebagai pihak berkepentingan

Dari Penulis

MAHKAMAH Koroner Kota Kinabalu hari ini membenarkan Mahathir Hashim @ Marikin, bapa kepada Allahyarhamah Zara Qairina, untuk menyertai prosiding inkues sebagai pihak berkepentingan bagi mencari keadilan atas kematian anaknya yang berusia 13 tahun.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak sebagai Koroner dalam kes berkenaan. 

Mahathir, 44, akan diwakili oleh pasukan peguam yang terdiri daripada Sherzali Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Prosiding inkues dijadualkan berlangsung selama 19 hari, bermula 3 hingga 30 September.

Sesi pertama dijangka memanggil saksi pada jam 2 petang hari ini.

Pendakwaan akan dikendalikan oleh Timbalan Ketua Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad, bersama lima Timbalan Pendakwa Raya: Nahra Dollah, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan dan Dacia Jane Romanus.

Untuk rekod, Zara Qairina disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. 

Sebelum itu, beliau ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran longkang berdekatan asrama sekolahnya di Papar sekitar jam 4 pagi, 16 Julai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This