Gaji tinggi punca golongan profesional perubatan berhijrah ke luar negara – Menteri Kesihatan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TAWARAN gaji kompetitif dipengaruhi oleh kadar tukaran wang asing kepada ringgit yang lebih tinggi terutamanya di negara maju atau negara berpendapatan tinggi merupakan faktor utama golongan profesional perubatan tempatan termasuk jururawat ke luar negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam tempoh dari 2020 hingga 2024, seramai 440 tenaga kerja profesional KKM telah berhijrah ke luar negara meliputi lima pakar perubatan, 54 pegawai perubatan dan 381 jururawat.

Jelas beliau, rekod itu adalah berdasarkan pengisytiharan pegawai dalam notis peletakan jawatan kepada ketua jabatan.

“Ketika ini, gaji dan insentif yang ditawarkan kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam termasuk petugas kesihatan KKM adalah seiring dengan pendapatan dan kedudukan fiskal semasa negara.

“Dalam usaha mengekalkan bakat sedia ada dan membendung penghijrahan petugas kesihatan ke luar negara, beberapa inisiatif telah dan sedang dilaksanakan KKM,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Ros Suryati Alang mengenai jumlah penghijrahan golongan profesional perubatan tempatan termasuk jururawat keluar negara antara 2020 hingga kini.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, antara inisiatif yang diambil ialah pengambilan berterusan petugas kesihatan bagi mengurangkan kesan peletakan jawatan.

Katanya, dari 2020 hingga 2024, KKM telah mewartakan seramai 4,776 pakar perubatan, melantik tetap seramai 13,349 pegawai perubatan kontrak dan 8,121 jururawat lantikan baharu.

Selain itu, jelas beliau, KKM juga telah meningkatkan gaji penjawat awam termasuk petugas kesihatan menerusi pelarasan gaji di bawah dengan kenaikan sebanyak 8 peratus pada 1 Disember 2024 dan 7 peratus pada 1 Januari 2026.

“KKM dari semasa ke semasa akan terus melaksanakan sesi libat urus dengan agensi pusat untuk menambah baik insentif dan manfaat kepada petugas kesihatan.

“KKM komited untuk terus melestarikan sistem kesihatan negara yang lebih mampan, inklusif serta berdaya tahan demi kesejahteraan rakyat dan petugas kesihatan pada masa hadapan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegramz


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This