KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan 15,308 Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di seluruh negara bermula 1 Januari hingga 31 Ogos tahun ini.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sehingga 2 September, bilangan rakan strategik yang terlibat dalam PJRM adalah sebanyak 1,234 peruncit merangkumi pasar raya besar, pasar raya, pemborong, kedai runcit, koperasi, vendor logistik, pertubuhan dan 48 buah pasar awam.
“Buat masa ini, penganjuran PJRM melibatkan kerjasama dengan rakan strategik untuk pelaksanaan melalui kaedah dalam premis, luar premis dan bergerak.
“Susulan daripada pengumuman peruntukan pada 23 Julai lalu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tambahan pelaksanaan PJRM bagi 2025, sasaran KPDN adalah untuk melaksanakan sejumlah 20,000 siri PJRM iaitu peningkatan sebanyak 191 peratus berbanding 2023 dan peningkatan sebanyak 61 peratus berbanding 2024.
“Penganjuran ini meliputi 222 kawasan Parlimen, 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 40 zon di Wilayah Persekutuan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Ros Suryati Alang mengenai jumlah PJRM di seluruh negara dan jumlah pasar raya besar, kedai runcit dan pasar awam yang terlibat dengan program tersebut.
Mengulas lanjut, Armizan berkata, PJRM merupakan satu daripada ikhtiar di bawah inisiatif Payung Rahmah.
Katanya, aa merupakan salah satu mekanisme intervensi bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
Jelas beliau, program itu menawarkan penjualan barangan keperluan harian, makanan dan bukan makanan pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran semasa, sesuatu kawasan dan sekitarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

