JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang meneliti pelesenan bersesuaian bagi motosikal elektrik memandangkan sistem pelesenan sedia ada menggunakan kapasiti enjin (cc) sebagai asas pengelasan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, bagi kenderaan elektrik (EV) jenis motokar pula, kaedah pelesenan memandu sedia masih relevan dan memenuhi keperluan.
Menurutnya, hal itu kerana pendaftaran EV jenis motokar berdasarkan kategori Berat Tanpa Muatan (BTM) kenderaan dan bukan berdasarkan jenis teknologi enjin.
“Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan individu yang memandu kenderaan bermotor hendaklah memiliki lesen memandu sah.
“Pada masa ini, bilangan EV yang berdaftar adalah sebanyak 71,818 unit (November 2024).
“Pemandu EV boleh menggunakan lesen memandu (CDL) sedia ada selaras kelas lesen ditetapkan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.
Beliau menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan lesen memandu khususnya untuk EV.
Katanya, MOT melalui JPJ menambah baik kandungan buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) dengan memasukkan elemen aspek pemanduan kenderaan EV.
Katanya, penambahbaikan itu bertujuan memberi pengetahuan asas kepada calon pemandu kelas D/DA (lesen bagi kenderaan motokar).
Ia jelasnya, mengenai ciri-ciri khusus dan keperluan keselamatan pemanduan EV.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

