SARA: Kerajaan tak akan kompromi peniaga naikkan harga barang

Dari Penulis

KERAJAAN MADANI tidak akan berkompromi terhadap pihak yang cuba menjejaskan manfaat yang sepatutnya dinikmati rakyat menerusi inisiatif Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ini susulan hantaran media sosial berkaitan tindakan menaikkan harga oleh segelintir peniaga.

“Sekiranya perkara ini berlaku, siasatan dan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 boleh dilaksanakan.

“Kerajaan MADANI akan menyiasat aduan bahawa terdapat kenaikan harga barang susulan pelaksanaan Penghargaan SARA.

“Kerajaan juga menghargai inisiatif pasar raya dan kedai runcit yang menawarkan harga istimewa kepada penerima manfaat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, orang ramai digalakkan untuk membuat aduan rasmi kepada KPDN untuk membolehkan siasatan segera dilaksanakan.

Aduan boleh dikemukakan melalui beberapa saluran KPDN seperti portal e-Aduan KPDN di https://eaduan.kpdn.gov.my/, talian WhatsApp di 019-848 8000, atau pusat talian di 1-800-886-800.

Dalam pada itu Kementerian Kewangan memaklumkan, hari kelapan pelaksanaan Penghargaan SARA berjalan lancar.

Jumlah jualan sebanyak RM102.5 juta direkodkan, melibatkan 1.7 juta penerima.

Kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99.9 peratus bagi dua hari berturut-turut.

“Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos, lebih 11.8 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas.

“Ini menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA bulanan dengan jumlah perbelanjaan rakyat daripada tujuh hari mencecah RM745.7 juta,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This