STATISTIK kemiskinan di kawasan luar bandar merekodkan bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin adalah 48.73 peratus iaitu 146,816 KIR berbanding 301,268 KIR bagi keseluruhan Malaysia setakat 31 Julai tahun ini.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, bagi 2022, nisbah pendapatan penduduk bandar dengan luar bandar adalah 1 (bandar): 0.57 (luar bandar), bermaksud bagi setiap RM1 pendapatan di kawasan bandar, penduduk luar bandar memperoleh 57 sen.
Selain itu, katanya, pembangunan infrastruktur seperti ameniti sosial, bekalan elektrik, air bersih, perumahan, serta kemudahan komunikasi digital turut dilaksanakan bagi meningkatkan aksesibiliti dan memperluas peluang ekonomi luar bandar.
“Dari aspek ekonomi, tumpuan harus diberikan kepada pemanfaatan potensi tempatan seperti pelancongan desa dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan sokongan insentif pelaburan serta penggunaan teknologi mampan.
“Pada masa yang sama, pembangunan modal insan perlu diperkukuh melalui pendidikan, latihan kemahiran dan pemindahan teknologi bagi meningkatkan keupayaan penduduk luar bandar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi yang produktif,” katanya dalam jawapan lisan yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Rosni Sohar yang ingin tahu strategi menyeluruh yang dirangka oleh Kementerian bagi memastikan program pembangunan desa tidak lagi tertumpu kepada bantuan langsung atau kebajikan pasif semata-mata.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, gabungan itu dapat mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan bandar-luar bandar, meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan menyokong agenda pembangunan mampan negara.
Jelas beliau, pelaksanaan bersepadu yang melibatkan kerjasama sektor awam, swasta dan komuniti adalah kunci kepada keberkesanan strategi ini.
Ahmad Zahid berkata, strategi dan inisiatif yang dilaksanakan dijangka mengurangkan jurang pendapatan luar bandar dan bandar daripada 0.57:1 pada 2022 kepada 0.67:1 menjelang 2025.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

