KERAJAAN Persekutuan telah bersedia dan kini menuju ke arah pengharaman sepenuhnya penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape sebagai langkah membendung penyalahgunaan produk itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan itu akan dilakukan secara berfasa bermula dengan pengharaman sistem terbuka sebelum diperluas kepada semua jenis vape sehingga meliputi keseluruhan produk.
Bagaimanapun, Dzulkefly tidak memperincikan tempoh masa sebenar pelaksanaan penggunaan dan penjualan vape.
Sebagai langkah awal, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengadakan perbincangan terperinci bersama kementerian dan jabatan utama.
“Ia melibatkan Kementerian Kewangan (MoF); Jabatan Kastama Diraja Malaysia (Kastam); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM); Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU).
Baca artikel lain: Jumlah hasil cukai industri vape RM288.45 juta
“Hasil penelitian dan cadangan pelaksanaan pengharaman ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi mendapatkan persetujuan dasar seterusnya menjadi asas kepada pelaksanaan pengharaman penuh rokok elektronik atau vape di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis Dewan Negara yang disiarkan di laman web Parlimen.
Dzulkefly menjawab soalan dikemukakan Senator Baharuddin Ahmad sama ada kerajaan bersedia mengharamkan terus penjualan vape seperti mana yang telah dilaksanakan beberapa kerajaan negeri.
Mengulas lanjut, Dzulkefly turut menyambut baik dan menyokong sepenuhnya langkah enam kerajaan negeri iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang berhubung keputusan tidak mengeluarkan atau memperbaharui lesen penjualan vape melalui bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.
“Ini merupakan pendekatan proaktif yang seiring dengan matlamat kesihatan awam negara,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

