Simulasi patung jatuh tanpa tolakan hampir sama kedudukan Zara Qairina

Dari Penulis

DUA video dipaparkan di Mahkamah Koroner menunjukkan simulasi patung dijatuhkan dari tingkat tiga bangunan asrama di Papar, bagi menggambarkan insiden Allahyarham Zara Qairina Mahathir terjatuh pada hari kejadian.

Video dimainkan selepas Inspektor Maidon Bernados dari Bahagian Siasatan Jenayah D10 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian membacakan kenyataan bertulisnya di hadapan Koroner, Amir Shah Amir Hassan.

Menurutnya, pada 2 Ogos lalu, beliau menerima permohonan daripada pegawai penyiasat bagi kes kematian mengejut di asrama sekolah terbabit di Kinarut, Papar untuk membuat pemeriksaan tempat kejadian.

“Pada jam kira-kira 3 pagi, 3 Ogos 2025, saya selaku ketua pasukan bersama anggota lain daripada D10 IPK Sabah telah pergi ke lokasi untuk proses bina semula tempat kejadian serta simulasi.

“Bina semula tempat kejadian (simulasi) dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai insiden,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Turut hadir anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar termasuk pegawai penyiasat dan wakil warden asrama sekolah berkenaan.

Simulasi menggunakan patung seberat 10 kilogram yang ditambah pemberat menggunakan batu bata sehingga mencecah kira-kira 53 kilogram, menyerupai berat fizikal mangsa.

Baca artikel lain: 3,850 pegawai perubatan terima tawaran lantikan tetap – Dr Dzulkefly

Patung setinggi 180 sentimeter itu melebihi 27 sentimeter daripada ketinggian sebenar Zara Qairina (153 sentimeter).

“Pembinaan semula tempat kejadian dilakukan pada anggaran masa sebenar insiden berlaku iaitu sekitar jam 3 pagi dengan pencahayaan terang daripada lampu bangunan asrama serta lampu tambahan forensik,” katanya lagi.

Maidon berkata, dua simulasi dijalankan – pertama, patung dijatuhkan terus tanpa tolakan; kedua, patung dijatuhkan dengan tolakan minimum ke hadapan.

“Hasil simulasi pertama, jarak antara kedudukan jatuhan patung dengan dinding bangunan asrama di aras bawah lebih kurang 2.14 meter.

“Manakala hasil simulasi kedua, jaraknya lebih kurang 3.45 meter,” katanya.

Beliau menegaskan, hasil simulasi pertama adalah hampir sama dengan kedudukan mangsa berdasarkan siasatan awal pegawai penyiasat.

“Jatuhan patung tanpa tolakan atau dorongan adalah hampir dengan kedudukan mangsa. Proses simulasi selesai sekitar jam 6.30 pagi.

“Selepas kembali ke pejabat, saya menyediakan laporan rasmi hasil siasatan melalui Sistem Forensik Evidence Management System (FEMS) PDRM, dicetak, ditandatangani dan diserahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This