PERGERAKAN Pemuda UMNO mendesak kerajaan menjual kesemua rumah yang bakal dibangunkan di Kampung Sungai Baru kepada Bumiputera sahaja memandangkan tanah asalnya milik kaum berkenaan.
Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berpandangan, buat masa ini adalah lebih baik sekiranya tidak menyalahkan sesiapa berhubung isu tersebut, tetapi mencari solusi terbaik untuk kepentingan rakyat.
“Rumah yang lebih baik dapat didiami oleh penduduk asal dan tanah asal Bumiputera dapat dijaga.
“Jika rumah itu tidak dapat dibeli oleh Bumiputera, kerajaan melalui agensi seperti UDA perlu membeli dan membuat sewaan secara sewa beli kepada kaum Bumiputera,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Saifuddin kutuk perbuatan cederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi
Pihak polis hari ini melaksanakan writ milikan kosong terhadap 26 hak milik individu merangkumi 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru bersama pelbagai agensi penguat kuasa.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ia dilaksanakan selepas melalui beberapa proses perolehan yang ditetapkan dan perintah pengosongan dikeluarkan mahkamah.
“Polis bersama agensi berkaitan bertindak sebagai pasukan penguat kuasa utama bagi memastikan pelaksanaan pengosongan ini berjalan lancar.
“Apapun cabaran yang timbul, pengosongan berkenaan tetap perlu dibuat hari ini mengikut arahan mahkamah,” katanya.
Fadil menegaskan, pihaknya memahami terdapat sebahagian penduduk yang masih membantah dan tidak bersedia berpindah, namun usaha sedang dilakukan untuk mempermudahkan urusan mereka.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

