Pengosongan di Kampung Sungai Baru ikut perintah mahkamah – KP KL

Dari Penulis

PIHAK polis hari ini melaksanakan writ milikan kosong terhadap 26 hak milik individu merangkumi 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru bersama pelbagai agensi penguat kuasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ia dilaksanakan selepas melalui beberapa proses perolehan yang ditetapkan dan perintah pengosongan dikeluarkan mahkamah.

“Polis bersama agensi berkaitan bertindak sebagai pasukan penguat kuasa utama bagi memastikan pelaksanaan pengosongan ini berjalan lancar.

“Apapun cabaran yang timbul, pengosongan berkenaan tetap perlu dibuat hari ini mengikut arahan mahkamah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Fadil menegaskan, pihaknya memahami terdapat sebahagian penduduk yang masih membantah dan tidak bersedia berpindah, namun usaha sedang dilakukan untuk mempermudahkan urusan mereka.

Baca artikel lain: 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya sempena cuti sekolah, Hari Malaysia

“Walaupun ada yang memberi alasan untuk menangguh atau meminta masa tambahan, proses berkenaan perlu diselesaikan hari ini juga.

“Kami cuba menguruskan keperluan penduduk, tetapi pada masa sama perlu memastikan perintah mahkamah dipatuhi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fadil berkata beliau kesal dengan insiden tidak diingini berlaku apabila Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman cedera selepas dibaling objek oleh pihak tertentu.

“Itu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku. Kami tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dan bertindak melampaui batas serta akan mengambil tindakan tegas.

“PDRM akan kekal tegas dan berdisiplin sepanjang operasi, selain menyeru penduduk untuk terus memberi kerjasama demi memastikan proses pengosongan dapat diselesaikan sepenuhnya pada hari ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This