SEBANYAK 39 buah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) baharu telah dibangunkan oleh Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Pulau Pinang, selain tiga NADI sedia ada, menjadikan keseluruhannya 42 buah NADI di seluruh negeri itu untuk manfaat rakyat.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, hingga Mei tahun ini, NADI di Pulau Pinang telah berjaya menarik seramai 10,827 ahli serta mencatatkan 17,743 penyertaan dalam pelbagai aktiviti perkhidmatan pintar.
Menurut MCMC, angka itu menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat negeri tersebut terhadap usaha kerajaan melalui NADI.
“Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian NADI Penanti menandakan pertambahan NADI baharu di Pulau Pinang di bawah inisiatif “1 DUN 1 NADI”.
“Fahmi turut menyaksikan penyampaian surat pelantikan kepada 13 Pengerusi Panel Penasihat NADI bagi setiap kawasan Parlimen di Pulau Pinang,” jelas kenyataan tersebut.
MCMC menambah, Pengerusi Panel Penasihat NADI yang dilantik berperanan dalam memastikan pengurusan dan operas NADI dapat dipantau dengan lebih tersusun, seterusnya menjamin manfaat jangka panjang kepada komuniti.
Menurut MCMC, program itu turut dimeriahkan dengan Hari Bersama Komuniti (HBK) yang menghimpunkan pelbagai aktiviti perkhidmatan pintar, pameran dan jualan usahawan NADI, pertandingan NADI e-Sukan MADANI Legend serta kerjasama agensi kerajaan.
MCMC memaklumkan, inisiatif itu mencerminkan peranan NADI sebagai hab perpaduan digital dan sosial di peringkat akar umbi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

