SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita pelbagai barangan mewah termasuk barang kemas seberat kira-kira 3.2 kilogram bernilai anggaran RM1.6 juta dan 75 kepingan emas bernilai kira-kira RM400,000 daripada enam individu yang disyaki terlibat dengan sindiket ‘counter setting’, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, hasil daripada penggeledahan menerusi Op Rentas itu, SPRM Negeri Selangor telah membuat sitaan terhadap pelbagai harta hasil wang rasuah pada 9 dan 11 September lalu.
Beliau berkata, lima daripada pemilik barangan ini merupakan pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas di lapangan terbang dipercayai menerima wang daripada ejen-ejen sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukan warga asing ke negara ini.
“Antara barangan lain yang turut disita ialah sebidang tanah lot, rumah, beberapa buah kenderaan mewah, pelbagai jenis beg tangan dan jam tangan berjenama sebanyak 20 utas yang bernilai anggaran RM100,000 serta wang tunai RM20,000.
“SPRM Selangor juga telah membeku akaun- akaun yang berkaitan sebanyak 70 akaun bank yang menjadikan keseluruhan sitaan berjumlah sekitar RM 3.3juta,” katanya memetik laporan TikTok rasmi SPRM.
Beliau menambah, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

