Counter setting: Anak beranak antara 8 penguat kuasa ditahan, wang tunai RM80,000 disita

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PASANGAN anak beranak ibu dan anak merupakan antara lapan pegawai agensi penguat kuasa terbaharu ditahan terkait sindiket counter setting dalam operasi dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Anak beranak tersebut diberkas SPRM Negeri Sembilan menerusi Op Rentas yang dijalankan serentak di empat negeri sejak Selasa minggu lalu.

Dalam hantaran di TikTok rasmi SPRM, operasi berkenaan turut menyaksikan wang tunai berjumlah kira-kira RM80,000 dan barangan kemas bernilai kira-kira RM50,000 turut disita daripada kedua-dua pegawai itu.

Selain itu, SPRM turut merampas alat telekomunikasi bernilai kira-kira RM20,000; dua unit kereta kira-kira RM106,000 dan dua unit motosikal bernilai RM20,000.

“Enam lagi suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita turut ditahan dalam operasi tersebut.

Baca artikel lain: SPRM sita barang kemas 3.2 kg, 75 kepingan emas dalam Op Rentas

Antara kenderaan yang disita dalam Op Rentas dijalankan SPRM Negeri Sembilan

“Bagi keenam-enam tahanan tersebut, SPRM telah merampas dan menyita pelbagai barangan seperti wang tunai bernilai kira-kira RM12,000; mata wang asing AS$5,000 dan baht 2,360, selain alat telekomunikasi bernilai kira-kira RM29,000 serta barang kemas bernilai kira-kira RM200,000,” katanya.

Pada masa sama, akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai kira-kira RM1 juta turut dibekukan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, berkata semua suspek disyaki bersekongkol dengan sindiket ‘counter setting‘.

“Mereka dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukan warga negara asing ke negara ini tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SAR Gunung Batu Putih: Tiada petunjuk baharu, penemuan barangan bukan milik Jaslinda

PENEMUAN beberapa barangan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin, 49 disahkan bukan...

More Articles Like This