Warga emas maut kereta dipandu hilang kawalan rempuh gerai

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga emas meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah gerai makan di Jalan Malim Jaya, Melaka, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku berhampiran sebuah stesen minyak itu menyebabkan mangsa, Chan Soa’a, 75, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan, mangsa dilaporkan cedera parah dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Katanya, kenderaan jenis Proton Arena itu kemudiannya merempuh sebuah gerai makan di tepi jalan.

Baca artikel lain: Penunggang motosikal wanita maut dirempuh kereta ketika buat pusingan U

“Kejadian berlaku semasa mangsa memandu kenderaan itu dari arah Bulatan Malim dalam perjalanan menuju ke lampu isyarat Plaza Pandan Malim.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Christopher memberitahu, siasatan mendapati cuaca ketika kejadian adalah baik dan permukaan jalan pula berada dalam keadaan kering.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This