SEORANG wanita berusia 59 tahun yang menunggang motosikal maut apabila dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Viva dalam kejadian kemalangan yang berlaku di Batu Pahat, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam lebih kurang 8.10 pagi tadi di di Kilometer (KM) 10, Jalan Kluang – Ayer Hitam.
Jelas beliau, kejadian dipercayai berlaku semasa sebuah kereta dari arah Pusat Bandar Batu Pahat dan sedang menghala ke arah Parit Raja.
“Apabila tiba di tempat kejadian iaitu semasa sedang bergerak terus, telah berlaku perlanggaran dengan sebuah motosikal dari arah berlawanan yang telah membuat pusingan U dan memasuki laluan jalan yang sedang dilalui oleh kereta.
“Akibat daripada perlanggaran tersebut menyebabkan penunggang motosikal iaitu seorang perempuan tempatan berumur 59 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan organ dalaman telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat,” katanya dalam kenyataan.
Shahrulanuar Mushaddat berkata, pemandu kereta seorang lelaki tempatan berumur 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, siasatan Polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

