Agong zahir ucapan selamat Hari ATM ke-92

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan ucapan selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-92 kepada seluruh warga ATM.

Dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan di atas khidmat bakti dicurahkan warga ATM.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim turut menghargai pengorbanan pegawai dan anggota ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Seri Paduka Baginda sebagai Pemerintah Tertinggi ATM turut mendoakan seluruh warga ATM sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan amanah demi tanah air tercinta,” menurut hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan kepada pesara-pesara ATM yang pernah berkhidmat mencurahkan umbangan dalam pasukan.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

“Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This