DAP mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) melibatkan kerusi Parlimen dan beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan serentak.
Langkah itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook supaya dapat menjimatkan kos yang ditanggung bagi melaksanakan PRU-16 secara berasingan antara Parlimen dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pada masa sama, beliau berkata, perkara itu juga boleh menjamin kelancaran proses pilihan raya yang akan diadakan.
“Dalam sejarah negara kita, sebelum ini memang tidak pernah berlaku (pilihan raya berasingan).
“Parlimen dengan DUN memang sentiasa diadakan secara serentak terutamanya di Semenanjung kecuali Sabah dan Sarawak.
“Ia bagi memastikan kelancaran pilihan raya, menjimatkan kos dan juga sudah tentu dari segi politik, kita mahu memaksimumkan peluang untuk menang,” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online.
Bagaimanapun, Anthony Loke memaklumkan cadangan tersebut masih belum dibincangkan secara rasmi sama ada dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) mahu pun Kerajaan Perpaduan.
Beliau turut berharap pimpinan negeri di bawah Kerajaan Perpaduan dapat megnadakan perbincangan mengenai pelaksanaan PRU-16 serentak itu dengan Perdana Menteri.
“Walaupun DUN masing-masing ada hak dan kuasa untuk menentukan bila dibubarkan, tetapi pendirian saya sebagai pemimpin DAP adalah lebih baik sekiranya kerajaan negeri di bawah kita berbincang dengan Perdana Menteri supaya pilihan raya itu dapat diadakan serentak.
“Untuk beberapa negeri lain (Melaka, Johor dan Sarawak), tempohnya akan tamat tidak lama lagi melainkan di Sabah. Jadi kalau hendak diadakan serentak dengan Parlimen, maka perlu diawalkan,” katanya.
Baca artikel lain: ATM sentiasa siap siaga hadapi pelbagai ancaman keselamatan – Kementerian Pertahanan
Namun begitu, beliau berkata, ia terletak pada kuasa budi bicara prerogatif Perdana Menteri, namun tidak menolak kemungkinan PRU16 akan diadakan secara serentak.
Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban mengingatkan ahli parti supaya sentiasa bersiap sedia bermula dari sekarang.
“Kalau diadakan serentak, semua perkara boleh dibuat sekali sahaja kerana banyak kos diperlukan terutama melibatkan logistik.
“Itu yang telah kita lihat sebelum ini (PRU15). Jadi saya rasa adalah lebih wajar dan lebih bertanggungjawab untuk diadakan secara serentak supaya kos itu dapat dijimatkan,” katanya.
Untuk rekod, PRU15 diadakan khusus bagi kerusi Parlimen pada 19 November 2022, manakala pilihan raya DUN berlangsung secara berasingan mengikut negeri.
Sabah menjadi negeri pertama mengadakan pilihan raya lebih awal iaitu pada 26 September 2020, diikuti Melaka pada 20 November 2021 dan Sarawak pada 18 Disember 2021.
Johor pula membubarkan DUN lebih awal dan mengadakan pilihan raya pada 12 Mac 2022.
Tiga negeri di bawah pimpinan PH ketika itu iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta tiga negeri kerajaan Perikatan Nasional iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu membubarkan DUN serentak dan mengadakan PRN pada 12 Ogos 2023.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

