Permohonan ganti MyKad naik 20 peratus sejak pelaksanaan SARA

Dari Penulis

TERDAPAT peningkatan sebanyak 20 peratus permohonan untuk menggantikan cip MyKad sejak pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias seperti dilapor Harian Metro, hari ini.

Menurut Badrul Hisham, trend peningkatan permohonan itu dipercayai berlaku kerana sebahagian pemohon mula sedar cip MyKad mereka rosak.

Katanya, ia sekali gus boleh menjejaskan akses kepada bantuan tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, penggantian MyKad tidak hanya dibuat bagi tujuan permohonan SARA semata-mata.

Badrul Hisham memaklumkan, permohonan untuk menggantikan MyKad juga melibatkan faktor lain termasuk kerosakan, kehilangan atau akibat bencana.

“Sejak pengumuman SARA Julai lalu sehingga sekarang, terdapat peningkatan kira-kira 20 peratus bagi permohonan penggantian MyKad.

“Secara purata kita terima lebih 190,000 permohonan sebulan, dengan jumlah 220,000 pada Julai dan meningkat kepada 230,000 bulan lalu.

“Angka ini membabitkan keseluruhan penggantian MyKad, bukan hanya membabitkan masalah cip semata-mata,” katanya.

Baca artikel lain: Subsidi bersasar RON95: Periksa, ganti cip MyKad pastikan berfungsi

Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, keadaan itu juga menunjukkan ada dalam kalangan pemohon sebelum ini tidak menghadapi masalah kerana jarang menggunakan cip MyKad untuk urusan rasmi.

Namun, katanya, apabila SARA dilaksanakan, mereka mula menyedari kepentingan cip MyKad yang berfungsi untuk memastikan akses kepada bantuan berjalan lancar.

Katanya, JPN turut mengeluarkan poster panduan untuk menerangkan keadaan yang memerlukan individu menukar cip MyKad.

“Orang ramai tidak perlu panik dan menyerbu JPN semata-mata kerana risau tidak layak memohon SARA.

“Pastikan cip benar-benar bermasalah sebelum hadir ke pejabat kami untuk membuat gantian,” katanya.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham menjelaskan, MyKad merupakan dokumen pengenalan diri penting yang digunakan dalam pelbagai urusan termasuk perbankan, rawatan kesihatan, pendaftaran persekolahan dan kini SARA serta sistem MyKasih.

Beliau berkata, JPN sentiasa bersedia memastikan kelancaran urusan orang ramai khususnya bagi membolehkan rakyat menikmati bantuan kerajaan tanpa sebarang masalah, sekali gus menolak anggapan isu cip rosak sebagai masalah besar.

“Pengeluaran MyKad boleh siap dalam tempoh 30 minit di 210 pejabat JPN seluruh negara atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang mempunyai mesin cetak dan dibuka pada hujung minggu, manakala di cawangan negeri mengambil masa lima hingga tujuh hari bekerja.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This