BUDI95: Keselamatan maklumat peribadi, sampai bila harga RM1.99 mampu bertahan? – Syahir

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TAHAP perlindungan maklumat peribadi rakyat menjadi satu daripada kebimbangan ramai pihak apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang akan dilaksanakan 30 September ini.

Perkara itu menurut Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman kerana pelaksanaan BUDI95 bergantung sepenuhnya kepada pengesahan melalui MyKad.

Kata beliau, hal itu berpotensi menimbulkan kerumitan di stesen minyak termasuk proses verifikasi yang lebih panjang selain membuka persoalan tentang integriti sistem dan perlindungan maklumat peribadi.

Mohd Syahir berkata, rakyat perlu diyakinkan bahawa data mereka diurus secara telus, tidak disalahgunakan, dan dilindungi dengan tahap keselamatan siber yang tinggi.

“Sebelum ini, rakyat digesa mendaftar PADU untuk menikmati subsidi petrol. Tetapi dengan BUDI95, pendaftaran tidak lagi diperlukan. Ya, tidak perlu mendaftar. Semua layak secara automatik.

“Mekanisme baharu ini secara tidak langsung mengisytiharkan bahawa PADU, yang diwar-warkan sebagai pangkalan data nasional, gagal mencapai objektifnya. Jelas, ini menunjukkan suatu pembaziran sumber dan tenaga di pihak kerajaan.

“Dalam masa yang sama, dua aspek penting masih menjadi keraguan: kecekapan penggunaan dan keselamatan data pengguna,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga pam petrol RON95 RM1.99 seliter akan bermula pada 30 September ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi golongan yang tidak layak, seperti bukan warganegara, mereka akan membeli RON95 pada harga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada tahap tanpa subsidi, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.

Mengulas lanjut, Mohd Syahir berkata, beliau melihat reaksi rakyat kelihatan sederhana apabila pengumuman harga petril RON95 diturunkan kepada RM1.99 seliter.

Menurut Mohd Syahir, reaksi itu mencerminkan kematangan rakyat dalam menilai dasar kerajaan secara lebih menyeluruh yang mana rakyat sedar bahawa petrol hanyalah sebahagian daripada rantaian kos sara hidup.

Katanya, penurunan harga di stesen minyak tidak serta-merta mengurangkan apa yang dibayar di pasar, kedai runcit, kedai makan ataupun hospital.

“Faktor lain seperti harga diesel, kos bahan mentah dan kos upah terus memberi tekanan kepada harga barangan, makanan, dan perkhidmatan. Fenomena inflasi ‘tolakan-kos’ ini sukar dikawal hanya dengan subsidi petrol, dan jelas masih belum ditangani secara menyeluruh oleh PMX dalam kerangka ekonomi ‘MahalDahNi’, yang akhirnya terus menekan kuasa beli rakyat.

“Tiada had pendapatan, tetapi penggunaan dihadkan. Struktur subsidi baharu turut menimbulkan persoalan. BUDI95 tidak mengenakan had pendapatan, T15 mahupun B85, sebaliknya hanya menetapkan had penggunaan 300 liter sebulan.

“Pendekatan ini tidak mengambil kira variasi sebenar keperluan rakyat – sama ada keluarga besar atau kecil, jenis kenderaan, jarak ulang-alik tempat kerja, bahkan perjalanan pulang ke kampung beratus kilometer. Ringkasnya, subsidi yang dikatakan bersasar kelihatan sedikit tersasar,” katanya lagi.

Mohd Syahir menambah, persoalan juga timbul mengenai anggaran penjimatan subsdi di pihak kerajaan dan ke manakah penjimatan itu akan disalurkan.

Selain itu, soalnya, berapa lama harga RM1.99 mampu bertahan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This