BUDI95: Penerima STR nikmati harga RM1.99 seliter mulai 28 September

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PENERIMA Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) akan menikmati harga runcit petrol RON95 pada paras RM1.99 seliter mulai 28 September ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, perkara itu termaktub dalam penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism bagi tempoh 25 September hingga 29 September ini.

Menurut Kementerian Kewangan, harga runcit petrol RON95 bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Program
BUDI95 ditetapkan pada paras RM1.99 seliter mulai 27 September ini.

Dalam tempoh itu, Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.21 seliter manakala, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.93 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter,” jelas kenyataan tersebut.

Kementerian Kewangan menambah, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This