Seluruh rakyat Malaysia perlu doakan Global Sumud Flotila – Ahmad Zahid

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEMUA rakyat Malaysia perlu terus memanjatkan doa bagi keselamatan pasukan Global Sumud Flotilla yang kini dalam misi kemanusiaan ke Gaza.

Itu pesanan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid selepas melakukan panggilan video bersama wakil pelayaran misi berkenaan, Ahmad Musa Al-Nuwayri hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, berita serangan terhadap pasukan Global Sumud Flotilla benar-benar membimbangkan.

“Di saat mereka sedang membawa misi kemanusiaan ke Gaza, nyawa dan keselamatan menjadi taruhan. Alhamdulillah, saya berpeluang melakukan panggilan video bersama Musa Al-Nuwayri, salah seorang rakyat Malaysia yang turut serta dalam misi ini.

“Sedikit kelegaan apabila saya dapat mendengar perkhabaran mereka secara langsung. Kesemua mereka selamat dan semangat mereka untuk meneruskan misi ini tetap teguh meskipun berhadapan dengan pelbagai risiko dan cabaran,” katanya dalam kenyataan.

Untuk rekod, seramai 11 orang sukarelawan Malaysia dalam kumpulan B yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza mula belayar ke Gaza dari Catania Sicily, Itali bagi menyempurnakan usaha menyalur bantuan kepada rakyat Palestin.

Kumpulan tersebut merupakan sebahagian daripada peserta misi membabitkan 18 buah delegasi dunia yang berlepas dan belayar dari lokasi sama selepas hampir 12 hari persiapan di darat.

Dalam pada itu, Ahmad Musa berkata, kesemua delegasi Malaysia yang berada dalam rombongan tersebut berasa bangga dengan pendirian dan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lantang mempertahankan Palestin.

Menceritakan situasi perjalanan rombongan tersebut setakat hari ini, Ahmad Musa berkata, semakin banyak gangguan dilakukan pihak musuh walaupun mereka baru memasuki kawasan kelabu (kurang berisiko).

“Semalam, ada juga beberapa bentuk kekacauan yang dibuat. Antaranya letupan yang dihantar oleh dron, ada 12 dan bagi kesan kepada sembilan buah kapal yang bersama dengan konvoi, lepas itu ada juga dron yang dihantar dan lepaskan cecair kimia yang menyebabkan pedih muka, mata dan sebagainya.

“Juga berlaku gangguan dari sudut komunikasi yang diganggu, ada salah satu saluran walkie-talkie yang digodam, memainkan lagu-lagu pelik yang saya lihat ia bertujuan untuk melemahkan semangat kami semua. Insya-Allah, dengan nama Malaysia ini, kami tidak akan berganjak, lagi-lagi dengan sokongan penuh kerajaan Malaysia, segala bentuk kekacauan ini kita akan hadap,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This